Search

Tuesday, March 27, 2012

petua kempiskan perut cara moden

assalam UOLS disana ... pe khabar hari ini... moga suma nye sihat belaka deh... hehehhe... lama dh x post new story kt blog ni ... baru td sy terpandang artikel ni kt facebook. rase tertarik untuk share kan dgn uols di luar sana la ... sy pon mcm dh x terkawal nk jaga makan ... badan mcm nk naik je ... pastu cpt lapar ... mcm ne la nk diet kan .. k lah kita tgk siki petuA nk kempiskan perut .. yelah kita org perempuan ni kne jaga badan ... takmo lah perut buncit.. lom ade anak perut dh buncit .. ape kes... jaga ... jgn  x jaga ye sebelum melarat ... hihuuuu.... ;-)



gambar : credit to google

1. Elakkan makanan berminyak dan mengandungi garam dan gula yang tinggi. Elakkan juga makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna yang terlalu tinggi kandungannya. Terlalu banyak garam pula hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

2. Minum banyak air dan kerana air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan ia tidak mengandungi kalori. Pakar pemakanan juga menyarankan supaya kita minum dahulu sebelum makan tetapi jangan minum air sejurus selepas makan.

3. Kurangkan pengambilan nasi. Ambil sekali sehari sudah memadai.

4. Rajin-rajinlah melakukan aktiviti riadah. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti. Senaman amat penting untuk kita semua.

5. Makan dengan perlahan. Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.
6. Jangan minum teh. Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.
7. Jangan terus tidur selepas makan. Makanan yang anda baharu ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.
8. Jangan mandi. Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi dahulu.

No comments:

my weight loss programme

My Blog List