Asssalamualaikumm,,,, hr ni aku nak membawak kepada tips atau cara2 menjaga gigi kita... ok...almaklumlah tadi baru je g cuci gg kt kinik gg (klinik pesakit luar jalan Mahmodiah)... setelah sekian lama (sejak dr zaman skola dlu hingga la skrg dh 30 tahun bru nk cuci lagi... tp gg aku ni x la poblem ... akhirnye hari ni telah slmt gigi aku dicuci. mula2 just nk temankan si cik puan liza je, akan tetapi... terregister skali kt kaunter kinik tu ... cas daftar baru je rm1 je n cas service rm2 je... semuanye rm3 je ... nak kata tunggu lama tu xla ... kejap je ... pastu cuci dlm 5 minit je... xlama ... mula2 takot rase mcm nak nangis je tadi masa mula2 alat2 cuci tu nak masuk mulut ... mana x nye kata dokter akan ade darah...xleh gerak2... hahahh... cube la ckp sikit je darah nye .. xla aku takut sgt... haishhh...dh tua2 ni kan takot mcm budak2...ade2 je kan ... hmmm sabow jelahh... akhirnyee... dh selamat... bukan senang nk jejak kaki kt sepitaL ni ... so terfikir mcm ne nk jaga gigi yg telah di cuci ni, rase xnak makan pon ade tadi ... syg sbb gg aku dh bersih haha... bole gitu???... ade je kan point aku ...
jom kita tgk cara2 menjaga gigi kita supaya sihat dan cantik
http://www.ismaweb.net/v4/2010/06/tips-penjagaan-gigi/
Berapa ramai di antara kita yang risau jika terlupa menggunakan floss sebelum tidur? Berapa ramai pula yang tahu bahawa sebaik sahaja bayi anda telah mendapat gigi pertamanya, dia sepatutnya dibawa berjumpa dengan doktor gigi? Berapa ramai yang menyangka bahawa mulut dan gigi mereka sihat bila mana mereka tidak mengalami sebarang kesakitan mulut ataupun gigi? Sejauh mana sebenarnya pengetahuan asas anda tentang kesihatan oral (mulut dan gigi)?
Tidak dinafikan, kesihatan mulut dan gigi jarang mendapat perhatian kita berbanding bahagian badan yang lain. Kita sering ‘terlupa’ kehadiran gigi walaupun kita menggunakannya setiap hari, sehinggalah kita tersedar ‘kehadiran’ nya bila berlaku sesuatu pada gigi kita. Tatkala itulah baru gigi mendapat perhatian khusus dan sejumlah wang yang besar sanggup dikeluarkan untuk merawat gigi.
Fenomena sebegini tidak asing lagi dalam masyarakat kita di Malaysia dan ini mencerminkan kesedaran yang rendah terhadap peri pentingnya kesihatan gigi. Samada kesedaran individu mahupun peranan kerajaan dalam menyebarkan kempen dan menyediakan prasarana, semua pihak sepatutnya memainkan peranan masing-masing. Apa kata, anda yang sedang meneliti artikel ini mulakan dengan diri sendiri untuk mempraktikkan penjagaan oral yang optimum, dan selepas itu sebarkan kesedaran kepada orang sekeliling, dan yang penting menerapkan kepentingan kepada anak-anak kita sejak usia yang mentah. Lenturlah buluh sejak dari rebungnya.
Untuk pengetahuan anda, dengan penjagaan oral yang baik, anda kemungkinan besar dapat mengelak dari menjalani prosedur menampal gigi dan cabutan gigi untuk seumur hidup anda! Ya, untuk hidup seumur hidup anda bebas dari sebarang tampalan gigi; sesuatu yang bukan mustahil. Bunyinya menarik bukan? Siapa yang suka debaran berjumpa doktor gigi dan kemudian terpaksa pula membayar jumlah yang mahal untuk temujanji yang menyeksakan itu. Untuk itu, berikut saya senaraikan tips penjagaan oral yang mudah, efektif, dan praktikal untuk dilakukan sendiri setiap hari.
Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. (baiklah,ini mungkin bukan sesuatu yang dilakukan setiap hari). Tips; carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda
Floss gigi setiap hari. Apa yang penting adalah untuk membawa benang floss ke bahagian hadapan gigi membentuk huruf ‘c’ (setelah dimasukkan ke celah gigi). Ini penting untuk benang floss itu membersihkan bahagian hadapan gigi juga selain di bahagian celahan gigi. Untuk panduan yang lebih tepat, sila rujuk doktor gigi berhampiran anda
Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya beruslah di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal. Penting untuk anda memberus semua permukaan gigi, dan jangan abaikan gigi yang paling belakang walaupun ia sukar dicapai!
Penting untuk tahu bahawa bahagian yang paling penting untuk diberus adalah kawasan sempadan gigi-gusi kerana di situlah bakteria berkumpul dan membentuk plak. Kerana itulah cara yang direkomendasi adalah untuk menghalakan berus 45 darjah ke arah gusi, manakala gerakan memberus secara melintang tidak digalakkan kerana anda tidak dapat memastikan kawasan sempadan gusi ini dibersihkan walaupun anda memberus dengan semangat berkobar-kobar sampai gusi pun berdarah.
Anda sangat sukakan mouthwash dan merasakan gigi anda sangat bersih setelah berkumur dengan mouthwash, dan tidak dapat hidup tanpanya? Hati-hatilah, ada banyak kajian yang menunjukkan kandungan alkohol di dalam moutwash (peratusannya lebih tinggi dari alkohol di dalam beer atau wine!) ada kaitan dengan kanser mulut. Dan tiada pula kajian yang dapat mengaitkan penggunaan mouthwash dengan peningkatan kesihatan mulut kerana perkara utama adalah membersihkan gigi dengan memberus dan flossing. Bagi kita yang beragama islam pula, harus diketahui bahawa kandungan alkohol di dalam mouthwash adalah dari jenis yang boleh memabukkan, dan kita dilarang walau meminum setitik ‘arak’, jadi bagaimana untuk kita menggunakan mouthwash tanpa was-was? Jika terlalu bergantung dengan mouthwash, saya sarankan penggunaan mouthwash tanpa kandungan alkohol.
Mungkin tidak terlambat untuk saya berkongsi artikel dalam akhbar Berita Harian bertarikh 31 Mei tentang kajian yang mengaitkan kesihatan mulut yang rendah dengan penyakit jantung. Kajian itu bukanlah yang pertama seumpamanya, dan fakta itu adalah sesuatu yang kukuh dan sudah establish di kalangan pengamal pergigian.
Pesanan dari saya, jagalah kesihatan anda!
Oleh: Dr Aini Hayati bt Abdul Rahim
Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang
"clean teeth bright smile"
Suami Zahnita Wilson Ditahan Polis – KP Kuantan
-
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu
memaklumkan pihak mereka telah menahan suami kepada Zahnita Wilson, Abdul
Zackery...
1 hour ago
No comments:
Post a Comment