Search

Tuesday, March 8, 2011

Sebab Kenapa Tuhan Turunkan Masalah Pada Anda

petikan dipetik dr laman web http://www.imotivasi.com/ini-sebab-kenapa-tuhan-turunkan-masalah-pada-anda-sebab-3.html

Ini Sebab Kenapa Tuhan Turunkan Masalah Pada Anda [Sebab 1]

Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Ia adalah untuk membuat Anda sedar potensi diri Anda. Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk Anda membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri Anda. Kebanyakan orang-orang berjaya hidup mereka asalnya susah. Hidup susah tu satu masalah.



Namun mereka memfokus pada penyelesaian masalah iaitu dengan keluar dari hidup yang susah, membina hidup yang senang.



Jika Anda lihat hidup Anda selama ini, masalah sebenarnya bersifat sementara. Masalah wujud untuk membuat Anda berubah. Maka berubahlah!



Jangan pandang masalah sebagai masalah tapi pandanglah ia sebagai petanda untuk Anda berubah. Bila Anda dilanda masalah, katakan pada diri Anda, “inilah masa untuk aku berubah, aku kena berubah!” Panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda merasa ada ‘thrill’ untuk menyelesaikannya, bukan terbeban olehnya. Anda kena ubah sikap, ubah pemikiran, ubah tindakan.



Masalah tak akan selesai jika Anda gunakan cara lama. Anda kena cari kaedah baru. Anda kena rangka strategi baru. Di sinilah Anda akan jumpa idea-idea baru dan cara-cara baru. Anda kena ubah semua itu.



Bila Anda laksanakan idea-idea baru dan cara-cara baru yang Anda jumpa tadi, kesannya Anda berubah tanpa Anda sedari. Anda akan berjaya menerobos sempadan diri.



Apabila Anda dah berjaya menyelesaikan sesuatu masalah dalam hidup Anda, Anda akan berjaya mengubah diri Anda kepada sikap baru, attitude baru tanpa Anda sedari. Anggap masalah sebagai cabaran, panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda ada motivasi untuk menyelesaikannya.



Ini Sebab Kenapa Tuhan Turunkan Masalah Pada Anda [Sebab 2]

Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Masalah diturunkan sebagai balasan atas dosa-dosa Anda. Anda tak akan terlepas dari terbuat dosa. Bercakap bohong juga merupakan satu dosa, iaitu dosa kecil. Meninggalkan sembahyang walau cuma satu waktu adalah satu dosa, iaitu dosa besar.



Masalah diturunkan pada orang-orang yang memilih untuk tidak bertaubat, tidak meminta ampun dan tidak meminta maaf daripada Allah. Syaitan sentiasa menggoda Anda 24 jam tanpa henti. Maka wajarlah kiranya Anda bertaubat tanpa henti sebab mana tahu Anda ada terbuat dosa tanpa Anda sedari. Untuk bertaubat, sebaik-baik cara adalah mendirikan solat sunat Taubat. Cara paling senang adalah dengan melafazkan istighfar sepenuh hati.



Sebagi orang Melayu beragama Islam, pandanglah masalah sebagai amaran daripada Allah atas perbuatan Anda. Anggaplah masalah sebagai ‘warning’ Allah bahawa Anda sudah jauh dariNYA, Anda sudah lupakan suruhanNYA dan Anda mula mendekati laranganNYA.



Amalkan istighfar selalu sebagai cara untuk memohon ampun kepada Allah selain untuk mencuci hati dari sifat-sifat negatif seperti cemburu, hasad dengki dan mudah marah. Selalulah berselawat kepada Nabi Muhammad supaya masalah (cabaran) yang Anda lalui sekarang ini diringankan bebanannya.



Ini Sebab Kenapa Tuhan Turunkan Masalah Pada Anda [Sebab 3]



Sebab ketiga kenapa masalah diturunkan pada Anda adalah kerana perbuatan kurang baik pada orang lain. Jika Anda berbuat jahat pada seseorang, balasannya adalah musibah, masalah dan dugaan berat.



Jika Anda menyakiti hati seseorang sama ada sengaja atau tak sengaja kemudian orang yang Anda sakiti tu teraniaya, hidup Anda pasti bermasalah. Inilah sebab kenapa Anda digalakkan berbuat baik kepada orang lain kerana kesan dari sikap berbuat baik itu, hidup Anda di limpahi rahmat dan di sinari keberkatan. Ia adalah balasan Tuhan kerana perbuatan baik Anda pada orang lain.



Andai kata hidup Anda sekarang ni bermasalah, kaji balik apa yang Anda dah buat sebelum ni. Mesti ada seseorang yang Anda dah sakiti hatinya.



Sebagai contoh, mungkin seseorang tu adalah ibu atau bapa Anda sendiri. Mungkin ada seseorang yang teraniaya oleh sikap Anda, sama ada Anda tersengaja atau tak tersengaja. Mungkin ada kawan yang sakit hati dengan sikap Anda tapi dia tak beritahu pada Anda, terutama kawan yang suka memendam rasa.



Ingatlah, segala perbuatan Anda, fikiran Anda dan tindakan Anda mendatangkan kesan tersendiri. Latih diri Anda berbuat banyak kebaikan supaya dari situ hidup Anda disinari dengan cahaya kegembiraan kesan dari kebaikan-kebaikan yang Anda lakukan.

No comments:

my weight loss programme

My Blog List