Search

Monday, March 21, 2011

Langsing Tanpa Diet

Saban hari,kadar obesiti di negara kita semakin meruncing tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa,semuanya mengalami masalah berat badan yang melampau. Walaupun telah banyak usaha untuk kurus dilakukan namun ianya hanyalah sia-sia sahaja.Kerajaan melancarkan beberapa program dengan bertujuan untuk mengurangkan kadar obesity namun lihat sahaja bilangan golongan yang mengalami masalah berat badan ini tidak surut-surut juga.



Mahu disalahkan siapa,salahkan kedai makan yang menjual makanan yang enak-enak ataupun diri sendiri yang sukar mengawal nafsu makan tanpa memikirkan kesan di sebalik tabiat makan tersebut?Sama-samalah kita berfikir sejenak akan masalah ini.

Memang benar berat badan masih menjadi masalah bagi kebanyakan wanita masa kini. Apatah lagi saat ini fesyen moden mahukan wanita agar bertubuh langsing . Designer-designer begitu ghairah mencipta pelbagai jenis fesyen yang memperagakan busana wanita.kadang kala kita sering kali terfikir juga bagaimana model yang memperagakan fesyen-fesyen tersebut menjaga tubuh badan agar kekal langsing.

Adakah mereka benar-benar dilahirkan dengan tubuh badan yang cantik atau mempunyai diet yang ketat sehingga mampu memperagakan setiap inci tubuh badan mereka .

Ikuti saja 9 langkah langsing tanpa diet ini:



1. Tetapkan waktu makan Anda

Kebiasannya kita selalu makan terburu-buru dengan alasan sibuk bekerja padahal itu semua hanyalah. alasan . Seeloknya, Anda bangun awal pagi untuk mengatur jam makan Anda.Jangan sesekali lupa untuk mengambil makan pagi kerana makan pagi sangat penting untuk memjadikan anda bertenaga melakukan kerja.

Makan dengan terburu-buru sudah pasti menggangu sistem pencernaan kita.Badan terpaksa bekerja keras untuk menghadam semua makanan yang telah dimakan.

2. Tidur cukup di malam hari

Badan yang sihat sememangnya memerlukan istirahat yang cukup di malam hari. Apalagi jika keesokan hari Anda harus melakukan banyak kegiatan berat. Tidur yang cukup akan membuat Anda lebih segar keesokan hari, bangun di pagi hari dan menikmati sarapan pagi tepat pada waktunya. Selain itu, Anda juga terhindar dari masalah tidur di tempat kerja yang akan menjatuhkan reputasi Anda.


3. Mengekalkan pemakanan sayur dalam hidangan

Apakah Anda sang pecinta sayur? Hmmm… tak banyak yang mengangguk kepala tanda setuju dengan kenyataan tadi.Namun kali ini Anda harus mengubah kebiasaan menu harian Anda.

Cubalah untuk makan sayur dengan lebih banyak dari biasanya, makan terutama makan tengahari dan malam. Nampak remehkan??hanya dengan memakan sayur,Anda sebenarnya membantu melancarkan pencernaan makanan yang tidak diperlukan tubuh.



4. Kurangkan garam

Tahukah Anda bahawa pengambilan garam yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan. Mengapa? ?Hal ini kerana garam yang masin akan memaksa tubuh bekerja keras untuk memproses kandungan garam dalam badan yang akhirnya menyebabkan banyak nutrisi penting terbuang dengan urin manakala lemak dan kalori terus kekal dan mengisi ruang-ruang kosong seperti di perut, pinggang, paha, dan bahagian tubuh lainnya.


5. Gantung baju kesayangan Anda

Beberapa minggu lalu Anda membeli sebuah baju yang cantik sekali.Anda beranggapan baju itu pasti muat di tubuh. Tanpa berpikir panjang Anda pun membeli tanpa mencubanya. Tetapi sayang sekali, setelah tiba di rumah Anda mencuba baju tersebut dan baju tersebut benar-benar ketat dengan badan anda. Dah la mahal tapi tak boleh pakai.Betapa kecewanya Anda apabila mengalami situasi sebegitu.

Usah rasa menyesal lagi! Gantung saja baju tersebut di bilik anda dan usahakan untuk memakai baju tersebut walau apa cara sekalipun.Anda memang sudah ditakdirkan untuk memakai baju yang cantik itu.jadi mengapa perlu biarkan diri anda untuk kekal gemuk jika hati sudah meronta-ronta mahu memakai baju itu.Jadikan ini sebagai motivasi diri.Caranya? tentu saja dengan bersukan!


6. Less sugar please!

Hampir semua orang menyukai gula.tak kan terase nikmat secawan kopi jika belum cukup kemanisannya. Tapi awas dengan kemanisan kopi tersebut kerana manis yang berlebihan akan mengundang penyakit kencing manis. Kurangkan gula dalam setiap menu Anda, baik makanan mahupun minuman. Jangan lupa minum air mineral 8 gelas sehari ya!


7. Batasi alkohol

Pengambilan alcohol sememangnya berlawanan dengan etika diet.alkohol akan menyebabkan seseorang itu mabuk dan hilang kawalan.Pengambilan alcohol yang berlebihan akan membawa kepada kematian.

Jadi,mengapa harus mengambil alcohol jika sudah tahu haram disisi agama Islam.Kandungan alcohol kan sentiasa kekal dalam tubuh badan yang akhirnya mengundang penyakit.


8. Mulakan hari dengan green tea

Minum secawan green tea di pagi hari adalah tips diet terbaik dalam misi mengekalkan kesihatan serta menjaga kelansingan tubuh badan. Kandungan kafein yang terdapat dalam green tea membuat Anda lebih tenaga dan semangat menjalani aktiviti seharian. Antioksidannya membuat Anda sihat dan jauh dari ancaman penyakit.


9.Jadikan artis kesayangan anda sebagai role model dalam misi mengekalkan kecantikan dan kelangsingan tubuh anda.antara artis yang mempunyai tubuh badan yang cantik dan memikat sang lelaki untuk melihat:




Sebarkan!!

No comments:

my weight loss programme

My Blog List