Search

Saturday, April 21, 2012

ANTARA PETUA YANG PATUT WANITA AMALKAN

SUMBER : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA (FACEBOOK)
Jenis Makanan Untuk Kesihatan Payudara

1. Kurangkanlah Makanan Berlemak - Pola makanan yang tinggi lemak meningkatkan resiko kanker payudara.

2. Tingkatkan Pengambilan Serat - Kandungan serat di dalam makanan seperti kacang buncis, semua jenis gandum, buah-buahan dan sayur sayuran mempengaruhi metabolisme estrogen dalam tubuh dan menurunkan estrogen dalam darah.

3. Makan Banyak Sayur-Sayuran - Brokoli, sayuran hijau seperti kangkung dan bayam serta lobak cina baik untuk kesehatan payudara kerana mengandungi komponen sulfur.

4. Ikan - Minyak omega 3 yang terkandung di dalam ikan memperkuat sistim kekebalan dan menghalang pengaruh tumor penyebab kanser.

5. Kacang Soya – Tempe dan tofu mengandungi estrogen. Ia baik untuk mencegah tumbuhnya kanser payudara.


Petua Untuk Menyerikan Kulit Wajah

Pukul sebiji kuning telur dengan ½ sudu kecil minyak jagung serta beberapa titisan air. Pukul hingga sebati.Ratakan ke seluruh kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. Kemudian tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala agar aliran darah dapat beredar dengan baik.Ini dapat membantu menyerikan kulit wajah anda. Tunggu sehingga 15 minit, kemudian bersihkan wajah seperti biasa dengan air.




Petua Moden Untuk Tajamkan Penglihatan 

1. Amalkan meminum air suam setiap hari.

2. Mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala.

3. Amalkan memakan buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih setiap hari.

4. Banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok dan lain-lain tumbu-tumbuhan yang hijau.



Petua Untuk Menjaga Bibir

Bila Siang Tabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi anda, tetapi sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yang kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Sapulah pelembab bibir untuk melindungi bibir dari kesan cahaya matahari.

Menurut orang tua-tua dahulu, setiap kali anda bercium dengan suami, bibir anda akan menjadi ‘sihat’ dan cantik. Ini kerana, saraf di bibir anda berada dalam keadaan tegang dan sihat. Oleh itu, cium-ciumlah selalu.(Sy suka yg ni);-)



No comments:

my weight loss programme

My Blog List