Search

Monday, December 26, 2011

Saya Dah Kemaruk ...

Hahahaha.... kemaruk ape??? ... serius sy ckp yg btl2 dh kemaruk .... adesss.... tolong!! tolong!!! hilangkan kemaruk ku ini .... setiap pagi bangun tido, tghari tgh makan , time ngadap fb, time ptg tgk tv , n time nk tdo waktu malam ... mata ini akan terbayangkan nye .... arghhhh... time kje luar pon mata tgk2 kalo2 ade kan ... try teka ape dia ... adus bnr2 udah jatuh hati .... hahahhaha.....mcm lama pulak nk menantikan tahun depan ni ... huhu.....
dapat yg basic pon jd lah kan ... hehe...
yang ini ke????

atau yg ini???





nasrul 8 bulan

cepatnye masa berlalu .... si anak kecil ini telah berusia 8 bulan.... hampir pandai berjalan ... sungguh comel... hehehhe.....saya suka sgt dia ... baby nasrul... anak buah pertama dlm keluarga ... jom kita layan the latest pic from nasrul ni .... 















Friday, December 16, 2011

11 Amalan Murahkan Rezeki

Assalam ... pd hr  ni ... kan kan kan ... sy berminat la nk share kan amalan yg boleh kita lakukan untuk murahkan rezeki... hehehheee.... 


1. Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah s.w.t. menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki,yang bermaksud: ” Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka ushakan.”
2. Banyakkan Doa. Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah s.w.t.Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat.Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.
3. Banyakkan Sedekah. Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.
4. Buat Baik kepada Ibu Bapa. Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah s.w.t.
5. Banyakkan istigfar - minta ampunkan dosa sendiri. Pperkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.
6. Solat Dhuha. Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat. Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki.
7. Baca Surah Al-Waqiah. Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.
8. Beri Makan Kepada Haiwan-haiwan. Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini. Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.
9. Jangan Menyeksa Binatang. Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.
10. Sambung Silaturahim. Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: ” Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya,maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.”(HR Bukhari)
11. Membayar Zakat. Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t. Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.

syukurr.....

Alhamdulillah...reda sudah kekusutan tadi... diberikan kesempatan lagi ... jumpa kita di tahun depan ye kawan2....tenang sudah jiwa ini.... semoga tahun depan diberikan peluang yang lebih baik ... insyaallahh.... amin ....

Thursday, December 15, 2011

SaJe SaJe JeRRR... teeeeeeeeeeeeeeeetttttt.......zzzzz

Assalam....
 Salam Jumaat 16 disember 2011 2.49 ptg... baru je naik kje stlh bercuti 2 hari.... hati ini  x tenang ... emmm... setiap ujung tahun je mcm ni ...naik feed up... huhu.... 
nape x tenang ? arghh.... biar sy je yg tau ... kakaka...
ya allah ... semoga semuanya berjalan dengan lancar dan harmoni .... ;-)
pukul 3 ptg... saat2 yg dinantikan ...
tgu dan lihat ... 

Thursday, December 1, 2011

Doa Mendapat Jodoh Yang Baik....

Assalam ... 2 disember 2011. 1.04 ptg...
salam berjumaat kawan2 .... sambil2 wat kje ni dlm layan2 fb sempat terpandang artikel di share kan kt wall fb sy ... sesuai dgn jiwa sy skrg ... huhu.... pencarian dlm proses...doa dan usaha berjalan seiringan ... heheheh....

Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,

Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…

Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…

Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Allah…
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan

Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…

Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui,
Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…
Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra.:
Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara.

Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kahwinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah.
Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu. (Shahih Muslim No.2485)

my weight loss programme

My Blog List