Search

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433

Esok 27 nov 2011 bsamaan 1 Muharam 1433, ape azam kita tok tahun baru ni? dah boleh set kan azam ...samada nk azam baru atau meneruskan azam yg lepas yg belum tertunai...terpulang .. kita yang mencorakkan... huhu... petang ni lepas asar dh boleh baca doa akhir tahun n lepas maghrib dh leh baca doa awal tahun .....
Semoga diampunkan segala dosa2 kita yg lalu dan memulakan awal tahun dengan kebaikan serta dijauhi segala kemungkaran. Insyallah ,...

refer doa awal dan akhir tahun kt laman ni 
http://syedas.wordpress.com/2007/01/19/doa-awal-tahun-akhir-tahun-hijriah/

ni antara amalan yg bleh kita lakukan pada akhir tahun dan awal 1 Muharram.

Tuesday, November 22, 2011

MTV Gemuruh Suara (Lagu Tema Team Malaysia @ Sea Games Indonesia 2011)



sempena kemenangan harimau malaya mematahkan sayap garuda ... jom kita layan lagu ni ... yeyeaahhh... heheheheheeee

Monday, November 7, 2011

Amalan mempecepatkan jodoh & Ayat seribu dinar

Assalamualaikum ... hr ni raye hj ke 3... dlm mengisi masa sementara cuti2 ni kan sy share kan tentang antara perkara yg kita boleh lakukan untuk mempercepatkan jodoh ... dalam petikan yang saya perolehi dr link ni:


cara untuk mengamalkannye mcm kt bwh ni :

Amalkan petua ini pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.
1. Duduk menghadap kiblat
2. Lakukannya dengan khusyuk dan yakin yang Allah s.w.t. akan membantu kita
3. Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, dan Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknya waktu maghrib.
4. Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala kedengaran “Allahuakbar” yang pertama kali dilaungkan, teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
5. Amalkannya sebanyak 3 Jumaat berturut- turut.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bukan itu je, sbg seorang wanita antara usaha yang boleh dilakukan seharusnya : 



1. Hati mesti bersih. Jangan cepat atau mudah menyampah, ataupun cepat meluat atau benci dengan orang. Kikiskan sika-sikap negatif agar terpancar ketulusan dan keikhlasan hati anda.
2. Bersikap positif terhadap orang lain. Jangan mudah syak wasangka yang bukan-bukan.
3. Ikhtiar. Ini amat penting. Kalau boleh amalkan mandi bunga supaya terserlah keserian wajah.
4. Berdoa pada Allah s.w.t. Baca ayat 1000 dinar 3 kali dan surah Yusuf ayat ke 4 selepas setiap solat.
5. Jika bercakap dengan lelaki jangan kasar dan jangan lembut sangat. Orang lelaki paling tidak suka kalau orang perempuan cakap kasar. Dalam hati mereka akan berkata: “Muka aje lawa, tetapi mulut … mak oi! Tak boleh bawak ke majlis …” 

6. Mempunyai perasaan sayang dan perihatin terhadap orang lain. Jangan bersikap jaga kepentingan diri sendiri sahaja.

selepas aku baca ni ... aku terfikir kenapa mesti ayat seribu dinar?? kalau mcm surah yusof ni aku tau sbb ape...tp ape kelebihan ayat 1000 dinar ni? so aku google la ...
  • Ayat seribu dinar biasanya dikenali sebagai pelaris atau pemurah rezeki.
  • Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.
  • Ramai juga yang membacanya setiap hari agar rezeki bertambah.
  • Keberhasilan murah rezeki bukan hanya pada menggantung ayat ini, juga bukan hanya pada membacanya, tetapi pada MENGAMALKAN kandungan ayat ini. 
ni maksud ayat seribu dinar:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
wassalam... nk tau lebih google la sdri tentang ayat seribu dinar ni .. hehehhe....


Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha

hari ini 5 nov 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 2011. Esok Hari Raya Haji @ Hari Raya Qurban... so Dikesempatan ini sy mengucapkan salam aidiladha kepada suma kaum muslimin & muslimat .semoga raya haji kali ini mendatangkan seribu rahmat ... Juga selamat bercuti... mana2 yg balik kg tu semoga selamat perjalanan pergi dan balik k... 



Tuesday, November 1, 2011

baby nasrul lagi

haii... selepas post pasal member aku kawen teringat lak kt anak sedara si nasrul montel tu ... heheh... belek punye belek ade banyak gak gambo2 dia yg aku lom publishkan kt cni... so layann...

 adeh letih la adik meniarap tadi... heeuuuu...

 adik ade 10 jari la aunty long ... 123... lalallalalaaa.....pasni adik leh kira duit ....

 nyum nyummm... dh kenyang dh ...

 heheheeeee......air liur di bibir ku ....

 cak!!! baaaaa!!!!!

  
cute x adik....;-)

 ishkkkk!!!! adik nantok la ... cibok je !!

 hohohohoho... besho x mata adik

eheee mana lg besho ngan yg ni.... molot adik tecik jekk....tomey kan ....

my weight loss programme

My Blog List